Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (24 Oktober 2018)

458

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka kepada 2.25% dengan nada yang neutral.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 9 November 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • Bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan.
  • Jawatankuasa menjangka kenaikan beransur-ansur yang konsisten dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pengukuhan pasaran buruh, dan inflasi di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.
  • Jangkaan dot plot memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Disember ini dan 3 kali pada tahun hadapan.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran di AS menurun kepada 3.7% pada September 2018 daripada 3.9% pada dua bulan sebelumnya.
  • Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
  • Inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.3% pada September 2018 daripada 2.7% pada bulan Ogos dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.4%.

PLAN: BUY USD.

  • Perang perdagangan antara A.S dan China serta ketidaktentuan Brexit dan Itali akan menjadikan matawang USD lebih menarik
  • Minit mesyuarat FOMC bernada hawkish.
  • Komen dari ahli FED yang optimis serta prospek lebih banyak pemotongan cukai di AS.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat