Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (27 Mei 2019)

240

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
  • FED mengatakan bahawa inflasi telah lemah walaupun bahawa aktiviti ekonomi telah meningkat pada kadar yang kukuh dan pasaran buruh yang kuat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.6% pada bulan April 2019 daripada 3.8% pada bulan sebelumnya, di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.8%.
  • Ekonomi AS meningkat sebanyak 3.2% pada suku pertama 2019, dengan mudah mengalahkan jangkaan pasaran 2% dan 2.2% dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 2% pada April 2019 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya, hanya di bawah ramalan 2.1%. Ia adalah kadar tertinggi sejak November lepas.

JANGKAAN: BEARISH USD.

  • Kadar jualan rumah baru di Amerika Syarikat mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan pasaran.
  • Aktiviti perkilangan Amerika Syarikat pada bulan Mei dilihat berada pada tahap yang terendah dalam tempoh sekitar sedekad ini, memberi gambaran bahawa ekonomi menuju ke arah pertumbuhan yang perlahan.
  • Data perbelanjaan dan pendapatan individu pada minggu ini dijangka lemah ekoran purata pendapatan dan data jualan runcit yang menurun.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat