Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (4 Februari 2019)

340

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4% pada Januari 2019 daripada 3.9% sebelum ini.
  • Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
  • Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 1.9% pada bulan Disember 2018 daripada 2.2% pada bulan November.

PLAN: SELL USD.

  • Pelabur tetap berwaspada dengan ancaman oleh Presiden Donald Trump untuk menutup kerajaan sekali lagi jika permintaan dananya untuk membina tembok AS-Mexico tidak dapat dipenuhi dalam jangka waktu 3 minggu ini.
  • Nada yang dovish dalam kenyataan FOMC.
  • Walaupun ekonomi AS mencetak data pekerjaan yang kukuh tetapi kadar pengangguran meningkat dan purata pendapatan semakin perlahan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat