Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (8 November 2018)

514

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka kepada 2.25%.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 9 November 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • Bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan.
  • Jawatankuasa menjangka kenaikan beransur-ansur yang konsisten dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pengukuhan pasaran buruh, dan inflasi di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.
  • Jangkaan dot plot memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Disember ini dan 3 kali pada tahun hadapan.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran di AS menurun kepada 3.7% pada September 2018 daripada 3.9% pada dua bulan sebelumnya.
  • Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
  • Inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.3% pada September 2018 daripada 2.7% pada bulan Ogos dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.4%.

PLAN: BUY USD.

  • Sektor pekerjaan di AS dicatatkan sangat menguat dengan data purata pendapatan melonjak. Ini menyebabkan bank pusat Federal Reserve dijangka akan menaikkan kadar faedah pada Disember depan.
  • Jangkaan mesyuarat FOMC awal pagi esok bernada hawkish.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat