Analisis Fundamental Sentimen: USD/JPY Telah Meningkat 160 Pip Pada Minggu Ini

682

Kekuatan berterusan US dollar telah meletakkan pair USD/JPY pada minggu yang terbaik untuk mengaut keuntungan sejak sebulan yang lalu dan juga berada di sekitar paras tertinggi enam bulan.

Selepas kenaikan yang sederhana pada minggu lalu, kini USD/JPY telah merekodkan kenaikan sebanyak 160 pip pada minggu ini. USD/JPY juga telah mencapai paras 110.79 iaitu paras yang tertinggi sejak tiga bulan yang lalu.

Kenaikan pasangan matawang ini bukan sahaja dipacu oleh kekuatan US dollar, tetapi juga data-data ekonomi Jepun yang kurang memberangsangkan sejak beberapa sesi dagangan yang lalu.

Permintaan terhadap Yen juga lemah dengan matawang Yen ketika ini dilihat melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain.

Kenaikan US dollar sejak akhir-akhir ini banyak disokong oleh data-data ekonomi yang memberangsangkan. Data-data tersebut terus menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh dengan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah The Fed sehingga empat kali pada tahun 2018 berbanding unjuran tiga kali oleh The Fed sendiri.

Data terbaru Amerika pula menunjukkan bacaan positif dengan pengeluaran industri (industrial production) dan data jualan runcit mencatat bacaan yang baik pada minggu ini.

Dengan data-data ekonomi yang terus menunjukkan prestasi positif, telah menyebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah terus meningkat. Jangkaan positif terhadap kenaikan ini pula telah memberi banyak manfaat kepada matawang US dollar sekaligus menyebabkan USD/JPY terus membuat kenaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat