Analisis GOLD – $1,780 Kembali Sokong Lonjakan Harga Emas

1,169

Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya telah kembali menyerlahkan kilauan sinar sebelum ini dengan menghasilkan kenaikan sekitar 300 pips.

Kenaikan itu juga kelihatan bermula apabila harga emas sekali lagi tidak berupaya untuk melepasi zon sokongan pada 1780.00 yang mana sebelum ini pernah gagal ditembusi ketika penutup dagangan Disember 2021.

Namun pergerakan harga nampaknya seakan sedang memberi petanda awal untuk harga mempamer isyarat trend bullish setelah harga kekal bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Dagangan emas terus memanfaatkan peluang di kala hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) catat kejatuhan serta terbitan data laporan ADP NFP AS bagi sektor swasta yang mengecewakan.

Laporan itu sedikit sebanyak akan memberi kebimbangan pada penerbitan laporan data NFP AS yang bakal dikeluarkan pada sesi New York (Jumaat).

Mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dan European Central Bank (ECB) kemungkinan akan menjadi tumpuan dek kerana impak keputusan mesyuarat itu mungkin akan menggegarkan pergerakan emas.

Penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa harga emas barangkali bakal meningkat terlebih dahulu untuk capai paras 1814.00 atau zon SBR (support become resistance) 1830.00 sebelum kembali susut.

Akan tetapi lonjakan yang lebih garang mengatasi zon SBR berkenaan berkemungkinan akan menepis jangkaan tersebut untuk pergerakan harga terus melonjak uji zon rintangan 1850.00 dan kekal bullish.

Manakala jikalau harga menyusut semula serta terus mengatasi trendline support itu, kecenderungan untuk harga kembali memapar trend penurunan mungkin akan lebih jelas dalam menguji zon 1780.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat