Analisis GOLD – Adakah Corak Yang Dipamerkan Akan Sokong Emas Capai $1,900?

1,191

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, harga emas nampaknya masih bergerak secara perlahan pada sesi dagangan Isnin dan kekal didagangkan di bawah paras 1868.00.

Namun pergerakan harga turut dilihat telah menghasilkan ketinggian terbaharu dalam tempoh masa 22 minggu sekitar 1870.00 dan seakan sedang membentuk corak ‘ascending triangle’ bagi isyarat bullish.

Paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga kebarangkalian akan dijadikan sebagai petanda awal untuk memperlihatkan arah tuju pergerakan dagangan emas yang seterusnya.

Kegerunan kian melanda mengenai peningkatan kadar inflasi pada sebelum ini terus membuatkan daya tarikan pelabur kepada emas yang dianggap safe-haven di kala sentimen pasaran yang sedang berisiko.

Angkara Federal Reserve (Fed) yang terus bersabar daripada melaksanakan kenaikan kadar faedah lebih awal turut menjadi faktor yang merealisasikan harga pada carta XAU/USD untuk terus rekod lonjakan.

Lonjakan harga emas juga sama sekali tidak mengambil endah terhadap dolar greenback meskipun raja matawang itu terus gah selepas dipacu oleh kenaikan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Memasuki ke penghujung sesi Eropah dan menjelang pembukaan sesi New York kelak, harga tampaknya telah mencatat lonjakan yang garang untuk cuba menguji zon rintangan paling terdekat pada 1880.00.

Peningkatan melepasi zon rintangan berkenaan berkebarangkalian akan menguatkan jangkaan pelabur untuk harga emas terus terbang tinggi menuju ke zon rintangan selanjutnya sekitar 1900.00-1910.00.

Sebaliknya jika harga emas telah menerima tindakbalas daripada pengukukan dolar greenback, zon RBS (resistance become support) 1850.00 dijangka akan diuji dan bakal mengatasi trendline support tersebut.

Kemampuan untuk harga kekal menunjukkan perubahan trend mungkin akan dinilai sekiranya harga terus menjunam untuk mencecah ke zon RBS yang seterusnya pada 1830.00 untuk isyarat awal corak downtrend.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat