Analisis GOLD – Adakah Pelabur Bakal Melihat Harga Emas Melonjak Semula?

1,128

Dagangan emas menerima tekanan penjualan di awal minggu menyaksikan penurunan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Mengimbas kembali pergerakan harga minggu lalu, lonjakan sehingga ke paras 1755.00 susulan mesyuarat FOMC gagal dikekalkan selepas harga membuat penurunan semula ke paras sokongan 1720.00.

Pergerakan harga emas kekal dipacu oleh perubahan nilai US dolar di mana peningkatan hasil bon AS di penghujung minggu telah memberi tekanan untuk nilai emas melonjak.

Menutup dagangan di sekitar paras 1745.00, harga menyambung dagangan di awal minggu ini dengan penurunan dari paras tersebut.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi isyarat trend penurunan harga. Namun penganalisis masih menjangkakan peningkatan pada nilai emas untuk tempoh yang lebih panjang.

Namun, dalam masa terdekat ini, pengukuhan US dolar yang dijangkakan bakal menekan harga emas jatuh lebih rendah.

Paras sokongan 1720.00 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menuju pula ke paras sekitar 1700.00.

Sebaliknya, jika harga emas berjaya melonjak kembali pada minggu ini, paras rintangan yang bakal ditempuhi adalah pada 1745.00 dan juga paras ketinggian 1755.00 yang dicapai minggu lalu.

Seterusnya zon SBR (support become resistance) 1765.00 masih lagi menjadi tumpuan untuk diuji harga sebelum meneruskan trend bullish sehingga ke paras 1800.00 semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat