Analisis GOLD – Apa Jangkaan Untuk Emas Menjelang Mesyuarat FOMC?

1,899

Pergerakan harga emas dilihat masih mendatar namun pada dagangan Rabu, harga bergerak pada zon harga yang lebih rendah.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Selasa semalam, harga mendatar di atas paras sokongan 1850.00 dan dilihat gagal untuk bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Trend bearish harga tersebut kekal diteruskan pada hari ini dengan sedikit turun di bawah paras 1850.00.

Menemui paras sokongan pada sekitar 1843.00 di sesi Asia, harga kembali tertarik semula ke paras 1850.00 namun dilihat tekanan untuk harga jatuh semula pada sesi Eropah.

Jika trend tersebut berterusan, harga berkemungkinan akan menguji paras sokongan Jumaat lalu sekitar 1840.00 sebelum menuju ke zon tumpuan 1820.00.

Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali semula ke zon penting 1800.00 yang menjadi tumpuan pelabur sebelum ini.

Namun jika US dolar terus susut sehingga mesyuarat FOMC, harga berkemungkinan mengorak langkah lebih tinggi untuk memecahkan trend penurunan sejak minggu lalu.

Kenaikan semula harga akan menguji paras rintangan 1875.00 pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Seterusnya, paras ketinggian tumpuan pada 1900.00 menjadi destinasi untuk kenaikan harga yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat