Analisis GOLD – Apa Kesan Pergerakan Harga Emas Selepas Data Inflasi AS Diterbitkan?

1,623

Pergerakan harga emas kekal suram menuju penghujung minggu dengan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) semalam yang menjadi tumpuan tidak memberi kesan yang begitu ketara terhadap harga.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mendatar pada zon 1850.00 semalam selepas penurunan harga pada Selasa lalu hampir mencecah zon 1830.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 bulan.

Terdapat penurunan awal harga ketika reaksi susulan data inflasi AS diterbitkan dengan harga susut sebentar ke sekitar 1835.00 sebelum kembali meningkat semula dan menutup dagangan sesi New York dengan mendatar di zon 1850 semula.

Situasi mendatar harga bersambung pada dagangan Khamis namun pelabur masih menilai untuk petunjuk awal bagi perubahan trend bullish ekoran harga yang cuba bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Namun, kenaikan emas sukar untuk dijangkakan pelabur ekoran US dolar dilihat lebih mendominasi pasaran buat waktu ini dan memberi tekanan buat dagangan emas.

Sekiranya harga emas menyambung penurunan semula, zon support pada 1830.00 akan kembali diuji untuk memberi petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Jika zon support tersebut gagal membendung kejatuhan lebih parah emas, paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran menuju ke zon tumpuan sekitar 1800.00.

Sebaliknya jika harga emas berjaya memberi isyarat perubahan trend bullish yang lebih jelas, kenaikan akan dijangkakan melepasi rintangan pada zon 1870.00.

Meneruskan kenaikan lebih tinggi akan mendorong jangkaan harga untuk menguji pula zon 1900.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat