Analisis GOLD – Awas! Emas Berikan Isyarat Awal Untuk Kejatuhan Nilai Semula

2,230

Penutup dagangan yang agak mengecewakan buat pelabur emas apabila kenaikan nilai logam kuning tersebut terbantut selepas reaksi ‘menggila’ pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga membuat penurunan awal menguji kembali paras tumpuan 1830.00 ketika terbitan data inflasi sebelum harga emas melonjak semula.

Paras ketinggian baru dicapai sekitar 1842.00 selepas lonjakan 200 pips, namun harga menjunam semula menuju penghujung sesi New York di bawah paras 1830.00.

Memberi isyarat untuk perubahan trend bearish semula, harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Setakat sesi Eropah, harga telah susut sekitar 1821.00 dengan peningkatan harga dilihat akan menguji paras 1830.00 sebagai rintangan terbaru.

Dengan jangkaan pengukuhan US dolar yang akan memberikan tekanan terhadap dagangan emas, harga bakal meneruskan penurunan menuju zon RBS (resistance become support) 1815.00 sebelum ke paras tumpuan 1800.00.

Namun jika sebaliknya berlaku, harga emas kembali melonjak menyambung trend bullish minggu sebelum ini, paras 1830.00 dan ketinggian 1842.00 yang diuji semalam berkemungkinan akan berjaya harga atasi.

Untuk kenaikan lebih tinggi, zon rintangan pada 1850.00-1852.00 akan menjadi tumpuan yang bakal diuji selepas kenaikan pada Januari lalu terkandas di zon tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat