Analisis GOLD – Berjaya Juga Emas Lompat Sentuh Paras $1,800

646

Dagangan komoditi emas berjaya mengatasi semula pengukuhan mata wang US dolar di awal minggu ini untuk kembali meningkatkan nilainya menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, perubahan nilai logam kuning itu juga dipengaruhi oleh hasil bon AS 10 tahun sementara US dolar gagal untuk kekalkan pengukuhan selepas terbitan data pekerjaan NFP penghujung minggu lalu.

Unjuran bagi penurunan inflasi AS pada data yang bakal diterbitkan mendorong jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kenaikan kadar faedah yang agresif untuk mesyuarat kali ketiga berturut-turut.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga dilihat berjaya membuat kenaikan sehingga mencapai paras 1800.00 yang menjadi tumpuan utama pelabur.

Namun, dengan kadar pergerakan yang perlahan, sebaik sahaja harga menyentuh ketinggian tersebut harga mula mendatar di sekitar 1793.00 sehingga ke penghujung sesi New York.

Sedikit penurunan dilihat pada pergerakan harga sepanjang sesi Asia pagi ini (Rabu), namun masih meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk isyarat untuk harga masih berpotensi untuk menyambung kenaikan.

Sekiranya harga berjaya meneruskan peningkatan, paras halangan 1800.00 bakal diuji sebelum harga menembusinya dan meneruskan kenaikan ke paras yang lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru.

Melepasi rintangan zon 1800.00 bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu buat emas dengan menjangkakan pula beberapa paras tumpuan seterusnya seperti 1815.00 dan 1830.00.

Sebaliknya jika harga menyusut semula di bawah zon 1785.00 dan melepasi paras MA50, pelabur akan menilai isyarat untuk kejatuhan emas ke paras yang lebih rendah semula.

Untuk penurunan lanjut dengan pergerakan bearish yang lebih jelas, harga dijangkakan bakal menuju ke zon 1760.00 sebelum penurunan yang diteruskan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) 1740.00.

Pelabur berhati-hati memantau pergerakan semasa emas yang bakal dipacu oleh terbitan data inflasi AS pada terbitan di sesi New York sebentar lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat