Analisis GOLD – Bertahan Di Atas $1,720, Emas Disasar Menuju $1,760

847

Komoditi emas meneruskan pengukuhan pada dagangan penghujung minggu lalu namun sedikit terbantut susulan terbitan data sektor PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan pergerakan pasaran tidak menentu selain penganalisis menilai berlakunya aktiviti profit taking oleh pelabur pada penutupan dagangan minggu tersebut.

Tumpuan utama pelabur pada minggu ini bakal terarah pada keputusan mesyuarat FOMC dengan Federal Reserve (Fed) dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali kedua setelah dilakukan pada mesyuarat sebelum ini.

Penurunan pada hasil bon AS 10 tahun juga dilihat akan terus menambah tekanan buat dagangan US dolar dan memberi ruang untuk emas terus mencatatkan peningkatan pada minggu ini, namun keputusan mesyuarat FOMC akan memacu harga pada penghujung minggu.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur telah menyaksikan peningkatan harga pada Jumaat lalu yang berjaya menembusi paras halangan 1720.00 dan mencatatkan paras ketinggian sekitar 1739.00.

Namun, selepas mencapai paras ketinggian tersebut, harga menyusut semula untuk kembali berlegar di paras 1720.00 sehingga dagangan bersambung pada pembukaan pasaran di awal minggu ini.

Masih memberi isyarat pergerakan bullish, harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam setelah lonjakan harga emas pada Khamis lalu dari paras berhampiran 1680.00 kemudiannya melepasi paras MA50 tersebut.

Sekiranya pergerakan harga yang meneruskan peningkatan dipamerkan minggu ini, paras halangan harga 1760.00 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji sekiranya harga berjaya mengatasi paras ketinggian dicapai minggu lalu.

Seterusnya, untuk kenaikan lebih tinggi emas dijangkakan untuk menuju ke zon 1785.00 sebelum ke zon tumpuan 1800.00 pula.

Sebaliknya jika harga menyusut semula di bawah paras 1720.00, penurunan harga bakal mencetuskan jangkaan perubahan trend bearish selepas melepasi paras sokongan MA50.

Penyusutan lebih rendah dilihat akan kembali menguji sekali lagi support pada 1680.00 selepas melepasi zon 1700.00 untuk berlegar semula di paras terendah sejak dagangan Mac 2021 yang lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat