Jumaat lalu menyaksikan pergerakan drastik buat harga emas yang melonjak dan menjunam dalam julat $20 ketika reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah melonjak ke paras ketinggian 1780.00 sebelum kembali susut semula di bawah paras 1760.00 pada penghujung minggu lalu.
Menyambung dagangan pada awal minggu ini pula, pergerakan harga emas perlahan dan mendatar di bawah paras 1760.00 dan harga beberapa kali menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Walaupun bersambung pada dagangan Selasa menyaksikan kenaikan melepasi halangan MA50 tersebut pada sesi Eropah, namun penganalisis masih melihat kesukaran harga emas untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Zon 1760.00-1765.00 masih lagi menjadi zon rintangan yang diuji dan harga dilihat bergelut untuk melepasi zon tersebut.
Jika zon tersebut kekal menghalang kenaikan harga dan harga mula membuat penurunan semula, pelabur akan kekal bersedia untuk kejatuhan lebih rendah nilai emas.
Penurunan awal harga akan menguji paras sokongan pada zon RBS (resistance become support) 1745.00-1740.00 sebelum penurunan lebih rendah ke paras support 1720.00.
Namun jika harga emas berjaya mencetuskan lonjakan semula, paras rintangan 1780.00 yang dicapai minggu lalu akan kembali diuji.
Momentum lonjakan harga yang kukuh boleh mendorong harga emas mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan zon 1800.00 akan menjadi tumpuan utama.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG