Analisis GOLD – Boleh Ke Harga Emas Tembus $1,875 Pula?

790

Pergerakan harga emas pada minggu ini memuaskan hati para pelabur apabila terus menepati ramalan untuk mengekalkan peningkatan nilainya.

Dapat dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar meneruskan kenaikan sejak awal minggu selepas berjaya melonjak dari paras 1850.00.

Namun, momentum kenaikan harga dilihat lebih perlahan pada dagangan semalam selepas memaparkan pergerakan yang lebih mendatar di bawah paras rintangan 1875.00 yang berjaya dicapai.

Pun begitu, harga masih dilihat bergerak pada trend bullish dengan pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Kenaikan harga emas terus didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan bersambung pada awal minggu ini.

Penyusutan US dolar bakal berterusan ekoran kewaspadaan pelabur menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis.

Namun, pelabur perlu berwaspada sekiranya US dolar kembali kukuh semula. Hasil perbendaraan Amerika Syarikat (AS) yang mula menunjukkan kenaikan boleh menjadi faktor menyokong pengukuhan semula US dolar.

Sekiranya harga susut, paras sokongan terhampir adalah pada 1850.00 untuk harga kembali semula pada paras lonjakan di awal minggu tersebut.

Untuk penurunan yang lebih rendah diteruskan, harga boleh jatuh semula sehingga ke paras 1800.00 yang merupakan zon RBS (resistance become support) terbaru.

Namun jika harga berjaya melonjak meneruskan trend bullish, melepasi paras rintangan 1875.00 seterusnya akan mensasarkan ke paras ketinggian terbaru harga emas pada 1900.00.

Kenaikan ke paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi harga emas dicapai untuk tempoh 4 bulan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat