Analisis GOLD – Boleh Ke Harga Emas Tembus Zon Rintangan Minggu Lepas?

1,036

Dagangan emas masih mengukirkan senyuman buat para pelabur logam kuning itu ekoran kenaikan nilai yang masih berterusan menuju ke penghujung minggu ini.

Sejak awal minggu lagi, harga emas telah pamerkan peningkatan berbeza berbanding penurunan harga yang berlaku pada minggu lalu.

Peningkatan harga emas didorong oleh reaksi pasaran terhadap terbitan laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) semalam yang merekod kadar inflasi tertinggi sejak 40 tahun.

Pelabur telah menyaksikan nilai US dolar menyusut ketara susulan laporan data tersebut sementara harga emas pula meningkat.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dinilai masih bergerak dalam trend bullish sepanjang minggu ini apabila pergerakan harga kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Kenaikan harga masih berterusan, namun momentum dilihat lebih perlahan apabila mencapai zon rintangan pada 1830.00.

Zon tersebut telah beberapa kali diuji pada minggu sebelum ini, namun gagal ditembusi sebelum harga pamerkan penurunan semula.

Sekiranya corak kenaikan harga emas ini masih berjaya diteruskan lagi pada dagangan penghujung minggu, berkemungkinan pelabur akan menyaksikan harga capai paras ketinggian terbaru selepas melepasi rintangan 1830.00.

Untuk kenaikan lebih tinggi, pelabur akan memberi tumpuan pada zon tumpuan 1850.00 dan juga zon rintangan yang pernah diuji pada November lalu sekitar 1870.00.

Namun jika rintangan 1830.00 masih lagi gagal ditembusi kali ini, penurunan harga perlu dijangkakan boleh berlaku dengan sasaran harga akan kembali pada zon 1800.00 semula.

Penurunan lebih rendah harga emas akan menuju pula zon support pada 1785.00 atau lebih rendah lagi pada zon 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat