Analisis GOLD – Boleh Ke Harga Melonjak Semula?

1,806

Dagangan emas pada awal minggu ini dilihat memaparkan pergerakan harga yang mendatar walaupun US dolar masih dalam tempoh penyusutan nilainya.

Pergerakan harga untuk US dolar dijangka lebih aktif pada hari ini selepas bank-bank di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena Presidents Day dan juga Lunar New Year.

Pergerakan pada carta harga XAU/USD dilihat berlegar pada zon harga 1820.00 di awal minggu selepas harga susut semula dari paras rintangan 1850.00 minggu lalu.

Pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, pelabur meneliti reaksi harga terhadap paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang bakal memberi isyarat awal untuk arah pergerakan harga emas.

Jika harga berjaya melonjak lebih tinggi dari zon 1820.00, pelabur akan menjangkakan trend bullish semula harga dan menuju ke paras rintangan 1850.00.

Zon rintangan tersebut akan diuji sekali lagi pada minggu ini sebelum harga yang meneruskan kenaikan bakal menuju pula ke paras rintangan 1875.00.

Sebaliknya jika harga menyusut lebih rendah, paras sokongan harga dilihat berada pada 1800.00 yang menjadi paras tumpuan sebelum ini.

Penurunan lebih rendah akan menguji zon support 1785.00 yang menyokong kenaikan semula harga ketika penurunan di awal Februari.

Seterusnya, kejatuhan lebih rendah dilihat akan mencecah semula ke paras 1765.00 yang menjadi paras sokongan pada dagangan penghujung November tahun lalu.

Pelabur turut akan memantau sentimen pasaran semasa yang akan terus mempengaruhi dagangan emas.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat