Analisis GOLD – Bullish! Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi 12 Minggu

1,480

Dagangan emas buat kejutan lagi! Tapi kejutan yang menggembirakan pelabur emas.

Menutup dagangan minggu lalu dengan cemerlang, nilai emas ketara melonjak dengan $40 kenaikan harian dicatatkan pada Jumaat ke paras sekitar $1,865 per auns.

Krisis ketenteraan antara Rusia dan Ukraine semakin memuncak pada penghujung minggu lalu dengan beberapa laporan media menyatakan Rusia berkemungkinan akan menyerang Ukraine seawal minggu ini.

Amerika Syarikat (AS) juga turut ikut campur dalam situasi ini di mana White House menyatakan akan bertindak terhadap sebarang tindakan agresif Rusia ke atas Ukraine.

Penasihat Keselamatan Presiden Joe Biden, Jake Sullivan memberitahu kepada CNN bahawa serangan bakal berlaku sebelum 20 Februari.

Kebimbangan pelabur telah mendorong perubahan aliran pelaburan ke arah aset selamat yang menyaksikan lonjakan harga emas dalam pasaran pada penutup dagangan minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga emas pada Jumaat di sesi New York telah melenyapkan jangkaan awal untuk perubahan trend bearish.

Harga menyambung semula kenaikan dan melepasi paras ketinggian dicapai pada Khamis sekitar 1841.00 sebelum melepasi zon rintangan 1852.00.

Kenaikan tertinggi harga dicapai sekitar 1865.00 di penghujung sesi terakhir minggu lalu sebelum harga mula susut pada pembukaan awal dagangan minggu ini.

Zon 1852.00 kini menjadi zon sokongan buat harga yang dijangka akan menyambung semula kenaikan lebih tinggi dengan kebimbangan pelabur dalam sentimen pasaran risk-off akan terus memberi manfaat kepada emas.

Kenaikan harga dijangka akan menguji paras ketinggian 1870.00 yang sebelum ini menjadi zon tumpuan harga pada dagangan November 2021 lalu.

Sebaliknya jika harga emas kembali menjunam, melepasi paras 1830.00 akan mula memberi isyarat untuk perubahan trend bearish semula.

Seterusnya zon-zon harga yang dilihat akan menjadi tumpuan pada penurunan yang diteruskan adalah sekitar 1822.00 dan 1855.00 sebelum menuju sehingga 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat