Analisis GOLD – Data Inflasi AS Mungkin Akan Renyukkan Corak ‘Bertangga’ Carta Emas

856

Walaupun dengan kadar yang perlahan, namun emas masih berjaya memaparkan corak peningkatan nilainya bersambung pada awal minggu ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan corak yang sama untuk dagangan beberapa hari kebelakangan ini dengan corak bertangga yang dipamerkan.

Peningkatan harga emas dilihat pada sesi Asia, namun pada sesi New York menyaksikan penurunan harga semula. Situasi berlarutan dari minggu lalu sehingga dagangan semalam.

Setakat Isnin semalam, harga emas telah meningkat ke paras ketinggian 1734.00 dengan paras sokongan terbaru dilihat pada 1720.00.

Pergerakan mendatar harga ini didorong oleh kewaspadaan pelabur menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini, membuatkan US dolar bergerak agak suram.

Namun, pergerakan harga dijangka bakal rancak semula selepas terbitan data tersebut, selain beberapa lagi data ekonomi AS lain akan menjadi tumpuan seperti data jualan runcit dan indeks harga pengeluar AS minggu ini.

Jika US dolar terus mengalami penyusutan yang lebih ketara, emas dijangka akan memanfaatkan ruang untuk melonjak lebih tinggi.

Manakala pengukuhan US dolar pula akan membuatkan pelabur bersedia untuk kejatuhan semula harga emas, menyambung corak penurunan pada dagangan penghujung Ogos lalu.

Sekiranya harga berjaya melonjak lebih tinggi dari zon sokongan pada 1720.00, rintangan pada zon 1740.00 pula akan menjadi tumpuan seterusnya.

Manakala untuk kenaikan yang diteruskan, zon rintangan pada 1760.00 akan kembali diuji setelah 3 minggu harga emas berlegar di bawah zon tersebut.

Namun, waspada sekiranya harga mula susut di bawah zon 1720.00 dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang akan dinilai sebagai isyarat untuk perubahan trend bearish.

Penurunan awal harga bakal menuju ke zon sekitar 1700.00 terlebih dahulu sebelum zon support minggu-minggu sebelum ini sekitar 1690.00 akan diuji.

Mengatasi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu buat emas dengan sasaran penurunan lanjut harga ke sekitar 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat