Analisis GOLD – Dijangka Untuk Melonjak, Emas Susut Semula

1,225

Pergerakan mendatar harga emas berlarutan sehingga penghujung minggu membuatkan pelabur terus resah menantikan arah yang lebih jelas.

US dolar yang mengukuh sehingga penghujung minggu kekal menambahkan tekanan buat dagangan emas sepanjang minggu ini.

Selain sentimen pasaran yang berisiko, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan turut menyokong pengukuhan berterusan US dolar dalam pasaran.

Dagangan emas pada Khamis semalam lebih rancak dilihat pada sesi New York apabila harga melonjak 200 pips sebelum menjunam lebih rendah semula.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, lonjakan harga semalam telah mencapai paras rintangan 1745.00 sebelum menjunam semula hampir menyentuh paras sokongan 1720.00.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam membuatkan pelabur gelisah untuk isyarat trend bearish tersebut.

Sekiranya harga jatuh lebih rendah di bawah paras 1720.00, penurunan harga akan didorong sehingga ke paras support 1700.00 semula.

Namun jika harga berjaya melonjak, paras rintangan 1745.00 akan kembali diuji sebelum kenaikan yang diteruskan lebih tinggi akan menuju ke zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Harapan untuk harga melonjak semula sehingga ke paras 1800.00 sedikit pudar selepas harga menunjukkan tanda-tanda untuk membuat penurunan lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat