Analisis GOLD – Emas Akhirnya Bersinar Di Penghujung Minggu

607

Ada sinar untuk para pelabur emas di penghujung minggu ini apabila komoditi berharga itu mula paparkan lonjakan nilainya selepas prestasi suram dipaparkan dari awal minggu.

Peningkatan ini adalah kesan penyusutan US dolar yang berlaku dalam pasaran di sesi New York semalam dan membuka ruang untuk emas memulihkan prestasinya semula.

Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, terdapat lonjakan ketara harga di sesi New York semalam dan memberi isyarat awal perubahan trend.

Harga pada mulanya membuat penurunan di paras 1615.00 sebelum lonjakan harga telah berjaya menembusi rintangan yang diuji pada Selasa lalu iaitu zon 1640.00.

Kenaikan yang dipaparkan itu juga turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjadikan petunjuk perubahan trend bullish bakal berlaku.

Seperti yang dijangkakan penganalisis jika harga emas membuat kenaikan, zon SBR (support become resistance) 1660.00 menjadi tumpuan diuji di penghujung sesi New York.

Namun bersambung pada dagangan hari ini (Khamis), penurunan harga dipamerkan semula sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah menuju ke paras tumpuan 1640.00 semula.

Sekiranya zon 1640.00 menjadi sokongan terbaru buat harga emas dan penurunan tidak melepasi MA50, berkemungkinan harga boleh membuat kenaikan semula untuk menyambung corak lonjakan semalam.

Harga emas jika membuat kenaikan melepasi zon SBR 1660.00 boleh mencapai semula ke zon rintangan minggu lalu pada 1680.00.

Sebaliknya jika penurunan harga gagal dibendung, melepasi zon 1640.00 dan tembusi sokongan MA50 akan menjadi isyarat bearish untuk pelabur berwaspada bagi kejatuhan semula nilai emas dalam pasaran.

Jangkaan untuk penurunan yang dilanjutkan bakal menuju semula ke sekitar paras terendah dicecah semalam, dan jika berjaya dilepasi, harga dilihat akan menuju pula ke zon tumpuan 1600.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat