Analisis GOLD – Emas Berlegar Dalam Julat Perlahan, Pelabur Kekal Waspada Sebarang Kejutan

544

Dagangan emas dari awal minggu tidak menunjukkan perubahan harga yang ketara dengan pergerakan kekal pada julat yang perlahan.

Berlaku penurunan harga emas di sesi Eropah semalam sebelum harga pulih semula untuk meningkat di sesi New York.

Peningkatan harga didorong oleh penyusutan US dolar yang berlanjutan susulan reaksi terhadap data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan merosot bagi bulan Mei.

Dengan itu memberi ruang untuk harga emas meningkat semula, namun pergerakan harga dilihat terhad.

Pelabur meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Harga yang susut dahulu ke sekitar 2307.00 kemudiannya melantun kembali ke paras 2330.00 di penghujung sesi New York.

Harga berikan petunjuk bullish apabila kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Pergerakan harga mendatar sepanjang sesi Asia pagi ini (Rabu) bersambung ke pembukaan sesi Eropah di zon 2330.00 tersebut.

Sekiranya lonjakan bertenaga mampu dipamerkan harga emas, paras tumpuan sebelum ini sekitar 2340.00 berkemungkinan mampu diatasi sebelum meneruskan pendakian yang lebih tinggi.

Sasaran berikutnya untuk pergerakan bullish harga adalah menuju zon 2380.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Sementara, untuk jangkaan bagi kejatuhan harga emas pula, zon support pada 2300.00 menjadi kawasan tumpuan penting yang bakal memberi petunjuk untuk arah pergerakan selanjutnya.

Jika penurunan lebih rendah berlaku, harga disasarkan untuk menuju pula zon 2270.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat