Analisis GOLD – Emas Bertahan Di Atas $1,780 Di Kala Kenyataan Hawkish Minit FOMC

1,239

Memeriksa pergerakan kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD nampaknya kekal menjunam pada sesi Eropah Rabu tetapi harga memapar sedikit peningkatan di penghujung sesi.

Peningkatan tersebut turut bersambung ke sesi dagangan hari ini (Khamis) untuk melakukan cubaan dalam menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) yang disaksikan pada rangka masa 1 jam.

Meskipun begitu, harga emas tampaknya hanya melakukan pergerakan yang perlahan dan mendatar di tengah-tengah hari cuti di Amerika Syarikat (AS) sempena sambutan ‘Thanksgiving Day’.

Pergerakan dagangan emas dilihat masih lagi cenderung untuk membuat penurunan sejajar dengan kenyataan berbaur hawkish yang disuarakan ketika minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang memberi kelebihan US dolar dalam pasaran.

Dengan berbuat demikian, prospek Federal Reserve (Fed) bagi melaksanakan pengetatan dasar polisi nampaknya semakin jelas yang sama sekali akan menjadi faktor membantutkan harapan harga emas untuk melonjak.

Seperkara lagi sentimen pasaran berisiko berikutan peningkatan wabak Covid-19 di beberapa negara ekonomi utama turut boleh menjadi aspek yang dapat mempengaruhi pelabur untuk meningkatkan pegangan tunai.

Demikian zon RBS (resistance become support) 1780.00 berkemungkinan akan kekal dijadikan sebagai zon utama yang terdekat untuk diuji dengan menjangkakan harga berupaya menembusi zon tersebut.

Penurunan yang lebih rendah akan menyaksikan pergerakan harga emas mencecah ke zon sokongan 1760.00 serta bakal juga dikaji oleh pelabur bagi menyasarkan jangkaan seterusnya yang akan dicapai.

Dengan nada yang berbeza, zon SBR (support become resistance) 1800.00 yang turut pernah menjadi rintangan sebelum ini berkemungkinan akan menjadi sasaran jika harga mula memberi aksi kenaikan.

Keadaan ini tentunya sama sekali akan menyokong jangkaan pelabur dalam keinginan untuk melihat harga emas membuat perubahan trend dengan dijangka akan capai zon SBR 1830.00 terlebih dahulu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat