Analisis GOLD – Emas Bertukar ‘Bearish’, Junam Ke Paras $1,700

653

Seperti amaran yang dinyatakan oleh penganalisis pasaran sebelum ini, pengukuhan semula US dolar pada sesi New York semalam telah menyebabkan penurunan nilai aset emas.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bacaan inflasi masih di paras yang membimbangkan kembali menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah kenaikan kadar faedah yang agresif.

Justeru, US dolar telah ketara alami pengukuhan sekaligus membenam hampir kesemua pasaran termasuk saham, komoditi dan juga kripto.

Dagangan emas turut tidak terlepas terkena tempias amukan US dolar apabila corak kenaikan harga sebelum ini gagal dikekalkan menyaksikan perubahan arah harga untuk logam kuning itu.

Dapat diperhatikan pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, corak kenaikan bertangga yang dipaparkan beberapa hari sebelum ini telah diakhiri dengan terjunan ketara di sesi New York semalam.

Harga menjunam semula di bawah paras 1720.00 sehingga kembali menguji zon 1700.00 di penghujung sesi New York bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).

Harga telah menunjukkan petanda bagi pergerakan bearish buat emas selepas penyusutan yang berlaku semalam melihatkan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Penurunan harga lebih rendah yang diteruskan dijangka akan menguji paras sokongan minggu sebelum ini sekitar 1690.00 untuk pelabur menilai sama ada harga emas masih berjaya dilantunkan semula.

Jika melepasi paras tersebut, harga yang melanjutkan penurunan seterusnya bakal menuju pula ke sekitar 1680.00 dan mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu.

Sebaliknya, untuk jangkaan bagi kenaikan semula harga dari zon 1700.00, rintangan awal harga terlihat pada paras 1720.00 yang kekal menjadi tumpuan utama.

Melepasi paras tersebut dan juga halangan MA50 akan memberi isyarat awal bagi perubahan trend bullish semula sebelum paras ketinggian minggu ini bakal dicabar.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat