Analisis GOLD – Emas Buat Kejutan Dengan Terjunan ‘Menggila’ Harga

1,396

Pengukuhan emas yang diraih susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan penghujung minggu lalu, gagal dikekalkan apabila logam kuning itu merosot disebabkan faktor tekanan pengukuhan ketara oleh US dolar.

Pada sesi New York hari ini, tumpuan bakal terarah kepada terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan bacaaan laporan yang positif yang boleh terus mendorong peningkatan nilai US dolar menjelang mesyuarat FOMC yang akan menjadi acara tumpuan utama pelabur minggu ini.

Selepas terbitan data inflasi AS yang menunjukkan bacaan tertinggi sejak Disember 1981, US dolar kekal bergerak agresif pada dagangan yang bersambung pada awal minggu ini dan turut memberi kesan terhadap emas.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan pergerakan roller-coaster harga, dengan lonjakan agresif pada Jumaat lalu sebelum terjunan drastik pula berlaku pada Isnin semalam.

Harga telah membuat penurunan semula bermula pada sesi Asia semalam selepas kenaikan harga pada penutupan sesi dagangan minggu lepas telah menguji zon rintangan pada 1870.00.

Penurunan harian dicatatkan lebih 600 pips pada carta harga semalam sehingga kembali menembusi paras sokongan harga ketika dicecah pada Jumaat lalu iaitu 1830.00.

Penurunan lebih rendah berlaku sehingga harga dilihat mencecah ke zon support 1810.00 sebelum kemudiannya membuat kenaikan semula ke zon 1830.00 yang kini menjadi rintangan terbaru buat harga pada dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa).

Dagangan pada sesi Asi pagi ini menyaksikan sedikit kenaikan harga dilihat menguji rintangan pada 1830.00 bersambung pada awal sesi Eropah, namun penganalisis masih menjangkakan penurunan harga bakal diteruskan ekoran isyarat bearish dengan pergerakan harga kekal berada dibawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Sekiranya penurunan harga emas masih lagi diteruskan, harga yang gagal melepasi paras 1830.00 dijangka akan menuju ke paras sasaran tumpuan 1800.00 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Sebaliknya, jika emas berjaya melonjak semula, kenaikan harga yang berlaku melepasi paras 1830.00 bakal menuju ke zon sekitar 1850.00 semula sebelum memberi isyarat untuk pergerakan bullish harga.

Kenaikan harga yang diteruskan seterusnya akan kembali menguji sekali lagi zon resistance 1870.00 selepas beberapa minggu harga emas masih gagal menembusi ‘tembok’ kebal itu.

Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat