Analisis GOLD – Emas Canak Semula Tembus Paras $1,800!

730

Kejutan di Jepun pada Selasa semalam ketika pasaran memberi tumpuan pada mesyuarat bank pusat Jepun sedikit menggugat keyakinan para pelabur.

Namun, ada kemanisan buat pelabur emas apabila nilai komoditi berharga tersebut mula menunjukkan peningkatan nilanya.

Gabenor Bank of Japan (BOJ) yang mengumumkan pelarasan pada program kawalan hasil keluk (YCC) untuk bon 10 tahun kerajaan Jepun telah menimbulkan panik seketika pada pasaran global sebelum reda semula untuk sesi-sesi berikutnya.

Yen ketara mengukuh sementara US dolar pula masih bergerak sendu dalam pasaran menyambung corak mendatar dari awal minggu.

Seperti mata wang safe-haven Yen, aset emas juga turut mencuri peluang untuk meningkat dengan kenaikan nilai harian semalam sekitar $35 dicatatkan.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar yang pada mulanya dibuka di sekitar 1787.00 di sesi Asia kemudiannya telah membuat kenaikan sehingga melepasi paras tumpuan 1800.00.

Ada penurunan seketika harga ke paras 1800.00 di awal sesi New York semalam, namun harga kembali melantun dan menyambung kenaikan lebih tinggi untuk mengakhiri dagangan penghujung sesi mencapai puncak 1820.00.

Pergerakan harga yang bersambung di sesi Asia pagi Rabu ini walau bagaimanapun kembali perlahan semula dan sedikit menurun di sekitar 1815.00.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan diteruskan untuk harga menuju zon rintangan pada 1830.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Namun, kenaikan tersebut haruslah melepasi dahulu ketinggian dicapai minggu lalu pada 1824.00.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga emas pula, zon 1800.00 dijangka akan terus mengundang reaksi menarik harga selepas diuji.

Penurunan yang melepasi semula zon tersebut akan kembali memberi isyarat pergerakan bearish untuk emas susut lebih rendah.

Paras-paras tumpuan sebelum ini akan menjadi tumpuan kembali seperti support minggu lalu pada 1775.00 dan zon RBS (resistance become support) pada 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat