Analisis GOLD – Emas Cemerlang Pamer Lonjakan, Uji Rintangan Paras $1,870

955

Kelegaan buat para pelabur apabila menyaksikan harga mengekalkan lonjakan pada dagangan Khamis semalam.

Perhatikan pergerakan harga pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga telah menyambung kenaikan pada Rabu lalu dan melepasi zon 1850.00.

Isyarat bullish dinilai selepas harga juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memulihkan kejatuhan emas di awal minggu.

Penyusutan lebih ketara US dolar pada sesi New York semalam selepas data pekerjaan sektor swasta Amerika Syarikat (AS) diterbitkan telah membuka ruang lebih besar untuk peningkatan komoditi emas.

Lonjakan semalam telah menyaksikan emas capai semula ke paras ketinggian 1870.00 yang menjadi antara zon penting pada dagangan emas semasa.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga yang berlegar di atas zon 1870.00 itu kemudiannya kembali bergerak menurun semula di bawah zon tersebut namun pada momentum yang lemah.

Berkemungkinan harga emas boleh menyambung kenaikan lebih tinggi lagi, namun keputusan laporan data pekerjaan NFP AS akan menjadi penentu.

Jika bacaan kekal lemah menyusuli laporan data ADP semalam dan mendorong penyusutan lanjut US dolar, harga emas boleh melonjak lebih tinggi melepasi semula zon 1870.00.

Semakin meneruskan kenaikan, sasaran seterusnya emas adalah untuk menuju zon 1900.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Namun, jika harga emas kembali menjunam, penurunan boleh berlaku semula menuju zon 1850.00 yang menjadi antara zon penting harga.

Dan penurunan lanjut yang diteruskan bakal menuju zon RBS (resistance become support) pada 1830.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat