Analisis GOLD – Emas Cuba ‘Bernafas’ Di Atas Paras $1,800

1,334

Dagangan emas pada hari ini (Jumaat) dilihat sedikit meningkat di atas paras $1,800 selepas dua hari harga berlegar di bawah paras tersebut.

Selepas pengukuhan US dolar di awal minggu menekan harga emas jatuh di bawah paras $1,800, emas dilihat berjaya ‘benafas’ semula susulan momentum pengukuhan US dolar yang semakin suram di penghujung minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukir nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan paras 1784.00 menjadi support harga yang diuji pada Rabu dan Khamis sebelum kembali ke zon tarikan 1800.00.

Meningkat semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan cubaan untuk melepasi paras 1800.00 dilihat memberi petunjuk untuk pergerakan bullish semula.

Namun penganalisis masih melihatnya sebagai isyarat yang lemah dan menantikan petunjuk lebih jelas bagi arah pergerakan harga emas bersambung pada dagangan minggu hadapan.

Kenaikan harga bakal menguji zon rintangan pada 1810.00 terlebih dahulu sebelum kenaikan yang diteruskan akan menguji pula ketinggian yang dicapai minggu lalu pada zon 1830.00.

Melepasi zon-zon rintangan tersebut akan mendorong sasaran harga emas untuk menuju ke zon tumpuan seterusnya pada 1850.00.

Sekiranya cubaan untuk membuat kenaikan gagal, harga yang susut semula di bawah zon 1800.00 dijangka untuk meneruskan semula penurunan lebih rendah.

Paras sokongan harga dilihat pada 1765.00 yang akan menjadi tumpuan pada penurunan melepasi support minggu ini pada 1784.00.

Seterusnya paras lebih rendah sekitar 1745.00 pula akan diuji sekiranya harga masih meneruskan penurunan pada pergerakan trend bearish tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat