Analisis GOLD – Emas Dah Henti Mendaki, Bakal Menjunam Ketika NFP?

1,239

Selepas melonjak di awal minggu, pergerakan emas dilihat lebih mendatar menuju dagangan di penghujung minggu ini sementara pelabur tambah waspada menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Pergerakan nilai emas semasa dipengaruhi oleh US dolar yang dilihat telah mula memaparkan corak pengukuhan semula setelah bergerak lemah sejak minggu lalu.

Pengukuhan USD yang dipaparkan pada Rabu lalu telah mengekang lonjakan nilai emas selepas kenaikan awalnya telah mencapai paras harga sekitar $1,729.

Ini dapat diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan kenaikan yang telah dipaparkan di awal minggu terhalang pada zon 1720.00 sehingga Khamis semalam.

Tekanan pengukuhan semula US dolar telah mencetus jangkaan awal bagi perubahan trend untuk emas susulan harga yang mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pergerakan harga pada hari ini dilihat lebih mendatar dan perlahan di sekitar 1710.00 dan berlegar di bawah halangan MA50 untuk isyarat pergerakan bearish.

Jika harga emas mula alami kejatuhan semula, zon 1700.00 dilihat akan menjadi sokongan awal harga yang bakal diuji sebelum penurunan lanjut harga bakal menuju ke zon RBS (resistance become support) 1680.00.

Namun, jika emas berjaya melonjak semula melepasi zon 1720.00 dan mengatasi ketinggian minggu ini, zon sekitar 1740.00 pula akan menjadi tumpuan bagi kenaikan harga yang diteruskan.

Seterusnya, untuk kenaikan lebih tinggi harga emas yang diteruskan, ketinggian pada 1760.00 bakal menjadi sasaran untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Pelabur akan menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York sebentar nanti dengan jangkaan bakal berlaku pergerakan drastik bagi penutup dagangan minggu ini, sebelum pelabur dapat menilai arah pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat