Analisis GOLD – Emas Dah Lonjak Sampai $1,720, Tapi Ada Petanda Nak Jatuh Balik Ke?

763

Setelah memaparkan prestasi cemerlang sehingga sesi New York semalam, dagangan emas mula menunjukkan penurunan pada dagangan sesi Eropah hari ini (Rabu).

Adakah bakal berlaku perubahan arah harga untuk emas semula?

Pelabur emas kekal gembira semalam menyaksikan emas meneruskan lonjakan lagi selepas kenaikan yang bermula pada awal minggu mencapai paras $1,700.

Faktor penyusutan US dolar masih menjadi pendorong untuk emas kekalkan pergerakan positif dalam pasaran, namun pelabur tetap perlu berwaspada untuk sebarang kemungkinan.

Dengan jangkaan untuk laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang suram pada Jumaat, berkemungkinan boleh memberi lebih ruang untuk emas terus mengukuh sehingga ke penghujung minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan emas semalam telah melepasi paras tumpuan 1720.00.

Namun pergerakan lebih mendatar dipapar pada sesi Asia hari ini, sebelum terdapat corak penurunan awal pada dagangan yang bersambung di sesi Eropah.

Sekiranya penurunan harga berlaku, zon 1700.00 akan kembali menjadi tumpuan harga untuk diuji semula.

Penurunan yang diteruskan dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD akan memberi amaran untuk perubahan trend bearish kepada pelabur.

Harga bakal susut lebih rendah dan kembali semula ke zon tumpuan pada 1680.00 sebelum ini.

Sebaliknya jika harga kekal diteruskan lagi hari ini, harga yang melonjak lebih tinggi melepasi 1720.00 seterusnya akan menguji pula zon 1740.00.

Kenaikan dijangka akan diteruskan lagi dengan sasaran seterusnya adalah menuju 1760.00 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat