Analisis GOLD – Emas Gagal Bersinar Di Awal Minggu, Harga Susut Menuju $1,830

975

Dagangan komoditi emas pada awal minggu ini dilihat bergerak mendatar (Isnin) ekoran bank-bank di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena cuti sambutan Hari Kemerdekaan Juneteenth.

US dolar yang mempengaruhi pergerakan emas, dilihat masih lagi bergerak lemah selepas keputusan mesyuarat FOMC minggu lepas walaupun Federal Reserve (Fed) telah membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas untuk kadar faedah ke paras terbaru pada 1.75%.

Dilihat selepas kenaikan agresif itu, mata wang US dolar yang dijangka untuk mengukuh gagal meneruskan momentum peningkatan.

Sementara pelabur pula masih berhati-hati untuk pergerakan raja mata wang itu dengan jangkaan untuk bakal mengukuh kembali berikutan penganalisis yang kekal optimis selepas Fed lebih hawkish susulan melaksanakan kenaikan kadar faedah yang agresif itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada Jumaat lalu dilihat membuat penurunan yang dijangkakan berlakunya aktiviti profit taking oleh para pelabur sebelum harga mendatar antara sekitar 1835.00 dan 1846.00 bersambung hingga dagangan awal minggu ini.

Dagangan Isnin semalam melihatkan harga berlegar di sekitar bawah paras sokongan Moving Average 50(MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta XAU/USD, menunjukkan isyarat pergerakan bearish buat harga emas.

Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), sekiranya kenaikan harga logam kuning itu berjaya diteruskan melepasi zon 1850.00, zon rintangan pada 1870.00 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk kenaikan yang lebih tinggi.

Kenaikan lanjut harga yang melepasi zon rintangan itu bakal menuju pula ke paras sasaran 1900.00, iaitu ketinggian yang terbaru untuk tempoh dagangan 7 minggu bagi emas setelah pelabur menilai perubahan trend bullish.

Sebaliknya, jika kenaikan harga emas gagal diteruskan pada minggu ini, penurunan harga yang melepasi semula bawah paras 1830.00 akan menjangkakan kejatuhan lebih parah buat emas dan tumpuan harga seterusnya bakal terarah kepada 1810.00 semula.

Dan untuk penurunan lebih rendah yang masih lagi diteruskan akan dijangka mencecah pada zon support penting 1800.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat