Analisis GOLD – Emas Gagal Tembus $1,680, Gagal Juga Buat Pelabur Tersenyum Minggu Ini

844

Sepanjang minggu ini, terdapat pergerakan yang menarik dipaparkan oleh dagangan komoditi emas, namun secara keseluruhannya harga masih dilihat berlegar dalam zon yang mendatar.

Disebabkan pergerakan mata wang US dolar yang dilihat rancak dengan beberapa kali berubah arah, turut mempengaruhi turun naik nilai emas semasa.

Ini dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar sepanjang minggu.

Terdapat pergerakan agresif harga emas ketika reaksi mesyuarat FOMC lalu dengan kenaikan harga yang melonjak ke paras ketinggian 1688.00 kemudiannya menjunam semula ke zon support 1655.00.

Pada Khamis semalam, harga emas dilihat turut memaparkan lantunan semula ketika US dolar menyusut sebentar selepas kejutan langkah campur tangan Jepun dalam pasaran kewangan, menyaksikan harga menguji zon rintangan pada 1680.00 namun tidak berjaya untuk melanjutkan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Penurunan emas berlaku semula pada hari ini (Jumaat) kembali ke zon support 1655.00 pada sesi Eropah dengan pengukuhan US dolar yang dipamerkan semula.

Isyarat bearish pergerakan harga emas dinilai susulan harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan untuk melepasi zon support semasa untuk catatkan paras terendah terbaru 2 tahun bagi emas dengan sasaran boleh mencecah sekitar 1640.00.

Namun waspada sekiranya berlaku kenaikan harga emas di penghujung minggu ini dengan kemungkinan terkesan oleh aktiviti profit-taking atau faktor-faktor lain.

Harga boleh melantun semula untuk kembali menguji rintangan 1680.00 sekali lagi pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Dan jika melepasi zon tersebut, pergerakan harga emas yang lebih bullish bakal menuju zon tumpuan sebelum ini pada 1700.00 seterusnya ke zon 1720.00 yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat