Analisis GOLD – Emas Jatuh Lagi Ke Paras Terendah Terbaru 16 Bulan!

1,520

Bersambung pada dagangan pertengahan minggu, pelabur menyaksikan paparan corak pergerakan bearish diteruskan buat dagangan komoditi emas ke paras lebih rendah semalam selepas mendatar sejak penghujung minggu lalu.

Sentimen pasaran menuju ke penghujung minggu dinilai semakin berisiko disebabkan oleh kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi yang terus meningkat didorong oleh laporan syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Google dan Ford menghentikan pengambilan pekerja serta mengurangkan bilangan pekerja sedia ada.

Oleh itu, kelebihan kembali terarah kepada aset safe-haven tetapi komoditi emas dilihat gagal untuk mengukuh semula disebabkan pelabur lebih tertarik untuk menambah pegangan tunai berbanding aset emas.

Akan menjadi tumpuan pula pada minggu hadapan, penetapan dasar oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC kekal untuk jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali kedua berturut-turut selepas kenaikan agresif tersebut dilakukan pada mesyuarat sebelum ini.

Selain itu, indeks dolar dan hasil bon AS 10 tahun juga dilihat catat peningkatan pada dagangan Eropah bersambung ke sesi New York semalam (Selasa) yang menyokong pengukuhan semula US dolar di samping memberi tekanan terhadap emas.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam telah menyaksikan penurunan lanjut harga mencatatkan paras terendah terbaru lagi setelah melepasi zon support 1700.00.

Harga yang gagal untuk bergerak lebih tinggi melepasi paras halangan harga Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD telah dinilai sebagai petunjuk awal untuk pergerakan bearish buat emas.

Harga bergerak mendatar pada dagangan Asia Rabu semalam sekitar paras 1713.00 telah meneruskan penyusutan lebih rendah dan mencecah paras terendah terbaru sekitar 1693.00 di penghujung sesi New York.

Tidak terhenti disitu, harga meneruskan lagi penurunan lebih rendah pada dagangan hari ini (Khamis) dengan paras sekitar 1685.00 telah dicecah harga setakat dagangan awal sesi Eropah.

Sekiranya penurunan lebih rendah dipamerkan harga, paras sokongan pada 1680.00 dilihat akan menjadi sasaran baru untuk diuji sekaligus mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru 16 bulan setelah kali terakhir zon tersebut diuji pada dagangan akhir Mac lalu.

Sebaliknya jika harga emas mula paparkan lonjakan semula, paras halangan 1720.00 dijangkakan akan menjadi rintangan untuk diuji semula sebelum harga meneruskan peningkatan lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend bullish.

Lonjakan emas yang lebih tinggi dilihat bakal kembali ke zon tumpuan penting seperti pada 1760.00 atau ke halangan yang lebih tinggi di zon 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat