Analisis GOLD – Emas Kekal Di Atas $2,000, Bakal Terbang Tinggi?

864

Dagangan emas memberi reaksi menarik di sesi New York semalam ketika pasaran tertumpu pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Bacaan indeks harga pengguna AS menunjukkan penurunan lebih rendah berbanding ramalan pada bulan Mac, mendorong penyusutan ke atas US dolar.

Situasi itu juga turut memberi kesan kepada aset emas yang turut pamerkan peningkatan nilainya namun turut berlaku penurunan.

Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah melonjak hingga mencapai paras 2028.00 sebaik sahaja data diterbitkan.

Namun, harga kembali susut semula menuju paras 2000.00 selain turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Menuju ke penghujung sesi New York, harga melantun naik semula sebelum menutup dagangan di sekitar paras 2014.00.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), setelah mendatar di sesi Asia, harga meneruskan lagi kenaikan di sesi Eropah untuk mencabar paras ketinggian dicapai semalam.

Seterusnya, ketinggian minggu lalu pada 2030.00 berkemungkinan mampu diatasi dengan jangkaan emas yang masih memanfaatkan penyusutan US dolar.

Namun jika situasi berubah, harga boleh menjunam semula ke zon tumpuan 2000.00 sebelum isyarat perubahan trend akan diperhatikan.

Seterusnya, harga boleh turun ke paras lebih rendah dengan zon 1950.00 menanti untuk diuji yang turut menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat