Analisis GOLD – Emas Kekal Mendatar Di Bawah Zon Rintangan $1,830

1,093

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat lebih mendatar pada minggu ini berbanding corak kenaikan harga yang dipamerkan minggu lalu.

Sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada aset pelabur selamat seperti emas untuk mencatatkan peningkatan nilainya.

Namun, tekanan dihadapi ekoran US dolar juga turut mengukuh dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven, disokong oleh lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Zon harga 1830.00 masih menjadi halangan untuk kenaikan harga emas pada carta XAU/USD dengan terdapat petunjuk awal untuk pergerakan menurun harga pada minggu ini.

Harga telah bergerak mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, berlegar di sekitar zon 1815.00.

Harga dilihat lebih cenderung untuk bergerak lebih rendah menuju semula zon tumpuan pada 1800.00.

Untuk trend bearish harga yang lebih jelas, selepas penurunan harga di bawah paras 1800.00, zon sokongan harga sebelum ini sekitar 1785.00 dan juga 1760.00 akan kembali menjadi tumpuan.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula selepas ‘berehat’ sejak penghujung minggu lalu, kenaikan dilihat akan menguji zon rintangan 1830.00.

Reaksi harga pada zon tersebut akan memberi isyarat kepada pelabur sama ada harga mampu meneruskan kenaikan lebih tinggi sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

Untuk jangkaan pergerakan menaik harga, paras tumpuan akan terarah sekitar zon 1850.00 dan seterusnya pada 1870.00 yang merupakan zon rintangan yang diuji pada dagangan November lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat