Analisis GOLD – Emas Kembali Hampiri Paras $1,800

631

Kembali menceriakan para pelabur emas apabila nilai logam kuning tersebut berjaya catatkan peningkatan pada pembukaan pasaran untuk dagangan awal Mei.

Ekoran faktor penyusutan US dolar di awal minggu telah memberi ruang untuk harga emas memanfaatkan peluang untuk kembali melonjak menuju semula ke paras jangkaan $1,800.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dibuka di atas paras sokongan 1765.00 di mana zon RBS (resistance become support) tersebut diuji pada penghujung minggu lalu.

Harga membuat kenaikan sejak sesi Asia bermula semalam sehingga bersambung pada sesi Eropah dan New York.

Kenaikan awal pada sesi Asia telah memberi isyarat awal untuk kenaikan lebih tinggi selepas melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harag di carta XAU/USD.

Kenaikan harian dicatatkan sekitar 320 pips sekali lagi hampir menyentuh paras rintangan 1800.00. Namun situasi pada minggu-minggu sebelum ini kembali berulang apabila harga emas mula susut semula sebelum menyentuh paras 1800.00.

Selepas menutup dagangan lebih perlahan pada sesi New York, harga menyambung dagangan pada sesi Asia dengan corak penurunan semula.

Sehingga sesi Eropah hari ini, harga susut sekitar 1785.00 yang turut merupakan zon tumpuan sebelum ini.

Sekiranya harga susut lebih rendah semula di bawah sokongan MA50, zon RBS 1765.00 kembali menjadi zon persingggahan harga dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Jika penurunan harga terus berlaku, paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1745.00 dan 1720.00 dilihat akan kembali menjadi tumpuan harga.

Namun jika harga kukuh melonjak, zon rintangan 1800.00 bakal ditembusi untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 10 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat