Analisis GOLD – Emas Lantun Semula Lepasi $2,380!

844

Harga emas terselamat dari alami kejatuhan susulan US dolar kembali bergerak lemah kesan perubahan pada isyarat penetapan dasar monetari di Amerika Syarikat (AS).

Ini disebabkan kenyataan yang disampaikan oleh Powell pada hari kedua testimoni semalam yang menyatakan bahawa Federal Reserve (Fed) semakin hampir untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah, namun perlu menilai penurunan inflasi dahulu.

Justeru, data inflasi AS yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi akan menjadi petunjuk penting kepada pasaran dan bakal turut beri impak terhadap pergerakan emas.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, penurunan harga yang berlaku di awal minggu tidak diteruskan.

Selepas mendatar di atas paras 2350.00 pada Selasa lalu, harga mula menunjukkan corak peningkatan semula pada Rabu semalam.

Mencapai paras sekitar 2387.00 di sesi New York semalam, harga kembali berundur ke paras 2370.00 ketika menutup dagangan sesi tersebut.

Pergerakan harga kekal perlahan menyambung dagangan hari ini, berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish.

Namun penentuan arah harga adalah pada data inflasi AS yang akan diterbitkan sebentar lagi.

Sekiranya berlaku lonjakan kukuh, paras ketinggian dicapai pada penutup minggu lalu sekitar 2390.00 itu bakal diatasi untuk harga emas catatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran adalah untuk menuju sehingga ke zon 2430.00 selain merekodkan paras paling tinggi dalam tempoh dagangan 7 minggu.

Namun jika harga kecundang jatuh di bawah garisan MA50, pelabur perlu bersedia untuk melihat penyusutan lebih parah harga emas.

Kejatuhan ketara harga boleh menyaksikan harga mencecah hingga sekitar 2300.00 dalam satu sesi dagangan sahaja dengan impak data ekonomi penting dalam pasaran.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat