Analisis GOLD – Emas Lonjak Ke $1,980, Boleh Tak Tembus $2,000 Ketika NFP?

1,496

Dagangan emas memanjangkan keuntungan pada sesi New York semalam apabila harga kembali melonjak selepas pulih dari penurunan awal di sesi sebelumnya.

Situasi semasa pasaran yang menyaksikan US dolar masih bergerak lemah mendorong logam kuning tersebut meningkat nilai.

Menjelang penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan yang suram, pelabur juga menilai pandangan dovish beberapa ahli Federal Reserve (Fed) yang melihat kenaikan kadar faedah perlu dihentikan buat sementara waktu.

Kesan penetapan dasar monetari perlu diperhatikan dulu dengan data-data yang akan diterbitkan selepas ini untuk menentukan perubahan dasar yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi.

Justeru, US dolar yang dijangka akan kekal lemah akan terus memberi ruang untuk harga emas capai ke paras lebih tinggi.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan pelabur.

Di awal sesi Eropah semalam, harga pada mulanya dilihat menunduk ke 1950.00 sebelum harga melonjak semula sehingga mencapai ketinggian zon 1980.00 yang merupakan zon rintangan harga minggu lalu.

Kenaikan semula harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut memberi indikasi corak bullish akan diteruskan.

Namun pelabur bakal lebih berhati-hati dengan risiko pergerakan di penutup dagangan minggu ini.

Mendatar di zon 1980.00 hari ini (Jumaat), harga dijangka akan lebih rancak di sesi New York sebentar lagi dengan reaksi selepas data NFP diterbitkan.

Jika kenaikan diteruskan, harga boleh mencapai ke paras sasaran 2000.00 semula setelah harga terjun dari paras tersebut di pertengahan Mei lalu.

Namun, sekiranya harga menjunam jatuh di bawah paras sokongan MA50, zon 1950.00 dilihat sekali lagi akan menjadi destinasi awal untuk dituju harga.

Penurunan lanjut jika berlaku akan ke paras terendah dicecah pada Selasa sekitar 1932.00 sebelum meneruskan penurunan ke paras tumpuan seterusnya pada 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat