Analisis GOLD – Emas Lonjak Lagi, Ini Paras Tertinggi Sejak Mac 2022!

1,146

Mengirim khabar gembira buat pelabur emas apabila harga logam kuning itu semakin melonjak lebih tinggi lagi pada Khamis semalam.

Emas telah berjaya mengatasi paras harga minggu lalu sekitar $2,030 dan lonjakan di sesi New York semalam diteruskan mencapai ketinggian terbaru sekitar $2,048.

Ini adalah paras tertinggi harga emas yang dicapai sejak Mac 2022 yang lalu.

Faktor yang mendorong situasi tersebut adalah tidak lain tidak bukan penyusutan yang berlaku ke atas US dolar yang memberi ruang untuk emas meningkat.

Setelah data inflasi pengguna diteliti suram, data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam juga turut merosot, menguatkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bakak menamatkan pengetatan polisi mereka.

Justeru, dengan jangkaan US dolar akan terus bergerak lemah sehingga minggu hadapan, meningkatkan potensi untuk emas mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang semakin hampir.

Jika diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga perlahan pada hari ini (Jumaat) setelah mencapai paras ketinggian terbaru semalam.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menuju ke paras 2070.00 iaitu paras yang direkodkan pada kenaikan Mac 2022 lalu.

Jika harga berjaya atas ketinggian tersebut, rekod ATH pada 2075.00 yang dicapai pada Ogos 2020 ketika pandemik Covid-19 berlaku dahulu, bakal dicabar.

Namun pelabur tetap waspada jika berlaku penurunan harga pada dagangan di penghujung minggu ini.

Harga berkemungkinan akan kembali ke sekitar 2030.00 semula menguji zon RBS (resistance become support) yang terbaru itu.

Jika tembus lebih rendah, harga emas boleh susut semula ke paras tumpuan sebelum ini pada 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat