Analisis GOLD – Emas Melonjak, Catat Paras Tertinggi Terbaru 8 Minggu!

1,509

Dagangan emas memberi kejutan dalam pasaran tetapi memberikan kegembiraan kepada para pelabur dengan lonjakan nilai logam kuning berharga tersebut.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga melonjak 300 pips dan telah menembusi zon rintangan 1830.00.

Tarikan terhadap emas dilihat didorong oleh ketegangan geopolitik yang meningkat antara Ukraine dan Rusia membuatkan aset safe-haven menjadi tumpuan.

Selain itu, kadar inflasi tahunan berdasarkan data yang diterbitkan oleh ekonomi-ekonomi utama dunia juga turut menambah tarikan terhadap simpanan aset emas.

Setelah sabar menanti, akhirnya pelabur berpuas hati melihat harga emas mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

Harga melonjak dari paras 1810.00 sehingga ke paras 1843.00 setelah melepasi rintangan 1830.00.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memberi isyarat untuk trend bullish buat emas.

Selepas lonjakan sehingga ke penghujung sesi New York, harga mula bergerak perlahan dan mendatar pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis).

Dengan corak yang dipaparkan, kenaikan harga bakal dijangkakan menguji zon sekitar 1850.00 sebelum menuju ke paras ketinggian 1870.00 pula.

Paras tersebut merupakan zon tertinggi dicapai harga pada dagangan bagi tempoh 7 bulan kebelakangan ini.

Sekiranya berlaku penurunan harga semula, paras 1830.00 yang menjadi rintangan sebelum ini bakal menjadi paras sokongan harga membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Jika gagal, harga boleh jatuh lebih rendah dan berkemungkinan boleh menuju semula ke paras tumpuan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat