Analisis GOLD – Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi 2 Minggu

1,285

Berita gembira buat pelabur emas apabila mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis telah menyebabkan US dolar menyusut dengan ketara.

Ini telah memberi ruang untuk harga emas kembali meningkat untuk menyambung kembali momentum kenaikan pada minggu lalu.

US dolar alami penyusutan nilai ketara susulan pasaran memberi reaksi terhadap ucapan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell selepas kadar faedah dikekalkan tidak berubah.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah mempamerkan lonjakan harga emas sekitar 200 pips melepasi zon rintangan 1740.00.

Situasi tersebut telah menguatkan jangkaan penganalisis sebelum ini untuk emas menuju ke sasaran harga 1800.00 semula.

Menutup dagangan sesi New York sekitar paras 1745.00, harga meneruskan kenaikan semula pada sesi Asia ke paras ketinggian 1755.00 namun pelabur gelisah melihat harga emas jatuh semula pada sesi Eropah.

Penurunan harga sehingga di bawah paras 1740.00 semula adalah susulan lonjakan hasil perbendaharaan AS ke paras tertinggi terbaru membuatkan permintaan terhadap US dolar kembali meningkat.

Pengukuhan semula US dolar pada sesi Eropah telah menekan harga emas ke paras rendah semula menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta XAU/USD.

Namun, penganalisis masih melihat harga emas akan meneruskan semula kenaikan untuk menuju ke paras rintangan 1765.00 dan menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi zon tersebut seterusnya akan ke paras tumpuan utamam 1800.00.

Sebaliknya jika harga terus jatuh lebih rendah, paras sokongan dilihat pada 1720.00 untuk jangkaan situasi trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat