Analisis GOLD – Emas Mulakan Penurunan Awal Menuju Penghujung Minggu

1,099

Pelabur emas dah mula berjaga-jaga selepas dagangan bagi komoditi berharga itu mula memaparkan penyusutan nilai pada corak pergerakan harga Rabu semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan corak penurunan harga semula semalam selepas kenaikan dari awal minggu telah menjengah ke zon tumpuan 1870.00.

Gagal melepasi zon rintangan penting itu, harga emas susut semula semalam sehingga ke paras terendah harian dicatatkan sekitar 1843.00.

Walaupun terdapat peningkatan sedikit harga semula pada penghujung sesi New York, pelabur telah menilai petunjuk pergerakan bearish untuk emas selepas harga bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Pergerakan harga yang bersambung pada Khamis juga dilihat suram mempamerkan corak penurunan harga di sesi Asia.

Jika penurunan harga diteruskan lebih rendah hari ini, zon RBS (resistance become support) pada 1830.00 dilihat akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji semula.

Dengan pergerakan bearish harga yang lebih jelas, tidak mustahil harga emas selepas itu akan meneruskan penurunan menuju pula ke zon sekitar 1810.00 dan support 1800.00 yang menjadi tumpuan harga untuk dagangan beberapa minggu sebelum ini.

Namun, jika harga emas berjaya memacu ke paras lebih tinggi semula, rintangan pada 1870.00 sekali lagi akan diuji.

Melepasi zon tersebut akan memberikan harapan kepada pelabur emas untuk melihat harga meneruskan pendakian yang terbantut.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan bakal menuju semula ke paras tumpuan pada ketinggian 1900.00 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat