Analisis GOLD – Emas Pamer Lonjakan Menjelang Laporan NFP!

1,500

US dolar yang didagangkan sedikit suram pada Jumaat sejak sesi Asia telah membuka ruang untuk komoditi emas pamerkan peningkatan nilainya sebelum dagangan minggu ini melabuhkan tirai.

Berkemungkinan pelabur kini sedang berwaspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Oktober membuatkan US dolar sedikit berundur dari pengukuhan yang dipaparkan selepas mesyuarat FOMC.

Pertambahan pekerjaan di AS diramalkan sedikit perlahan pada Oktober berbanding September sementara kadar pengangguran dijangka meningkat semula ke paras 3.6%.

Jika bacaan laporan sebenar diterbitkan di sesi New York sebentar lagi adalah suram dan mendorong penyusutan lanjut US dolar, emas berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan harga membuat penurunan semalam ke sekitar 1617.00. Namun harga melantun semula dari zon support tersebut di sesi New York.

Harga meneruskan kenaikan bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat sehingga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menjadi indikasi awal untuk pelabur bagi pergerakan bullish harga emas.

Menyambung dagangan ke sesi Eropah, harga juga dilihat telah melepasi paras penting 1640.00 dan mencapai sekitar 1650.00 setakat jam 5 petang waktu tempatan.

Sekiranya corak kenaikan ini berjaya dikekalkan, zon sekitar 1660.00 akan menjadi rintangan terhampir untuk diuji harga sebelum kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pada zon halangan 1680.00.

Namun, perubahan arah boleh berlaku sekiranya laporan pekerjaan NFP kembali menekan harga turun ke bawah semula.

Jika harga emas mula susut kembali di bawah paras 1640.00, penurunan dijangka untuk menuju semula zon support 1620.00.

Jika zon tersebut berjaya dilepasi, paras 1600.00 pula bakal menjadi sasaran untuk mencatatkan bacaan terendah terbaru 2 tahun.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat