Analisis GOLD – Emas Positif Di Hujung September Hampiri Zon $1,680

647

Seperti yang dijangkakan, nilai komoditi emas masih lagi berjaya meneruskan peningkatan pada akhir dagangan minggu ini untuk menutup penghujung September sedikit positif selepas alami penurunan di awal minggu.

Setelah harga emas mencatatkan kejatuhan sehingga ke paras $1,615 pada Rabu lalu, berlaku lantunan semula nilai logam kuning itu sehingga memberi petanda awal untuk perubahan arah harga menuju dagangan Oktober.

Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang mencecah ke paras 1615.00 untuk catatan terendah 2 tahun itu melantun semula sehingga ke paras 1662.00 pada Rabu lalu.

Dan pada Khamis semalam, berlaku penyusutan sementara harga di sesi Asia ke paras sekitar 1642.00 sebelum harga emas membuat kenaikan semula sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat).

Setakat sesi Eropah petang ini, harga sudah berjaya meningkat sehingga ke paras ketinggian sekitar 1674.00.

Faktor yang mendorong kenaikan emas ini adalah dilihat pada penyusutan yang dipaparkan oleh US dolar yang kembali meningkatkan tarikan terhadap aset emas.

Penganalisis melihat berlaku aktiviti profit taking ke atas dagangan US dolar yang sebelum ini telah memaparkan pengukuhan ketara menyusuli langkah kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC minggu lalu.

Dengan jangkaan kenaikan yang akan diteruskan, zon rintangan pada 1680.00 masih kekal menjadi sasaran tumpuan untuk diuji.

Melepasi halangan tersebut seterusnya boleh melonjakkan harga sehingga ke sekitar 1700.00 sekiranya US dolar kekal dengan prestasi yang mengecewakan.

Namun jika corak kenaikan harga gagal dikekalkan, pelabur bakal bersiap sedia untuk kejatuhan semula emas dalam pasaran.

Penurunan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 1640.00 sebelum penurunan lanjut yang diteruskan akan cuba mengatasi paras terendah dicecah Rabu lalu.

Melepasi halangan-halangan berikut kemudiannya akan mencatatkan paras terendah 2 tahun terbaru lagi buat emas dengan sasaran untuk menuju ke sekitar 1600.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat