Analisis GOLD – Emas Sambung Menjunam Selepas NFP!

739

Apa berlaku kepada dagangan komoditi emas selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada penghujung minggu lalu?

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar Jumaat lepas, harga dilihat meneruskan penurunan ke zon 1850.00.

Sebelum itu, harga telah membuat kenaikan menguji zon ketinggian 1870.00 dan sekali lagi gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi selepas zon tersebut diuji selama 2 minggu.

Isyarat bearish dinilai pelabur selepas harga susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD membuatkan kejatuhan emas berterusan di awal minggu.

Penyusutan ini didorong oleh US dolar yang mengukuh selepas laporan data pekerjaan NFP AS yang diterbitkan menunjukkan pertambahan pekerjaan di AS pada bulan Mei mengatasi angka jangkaan yang menurun.

Menjelang mensyuarat polisi FOMC pada 15 Jun dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, pelabur akan meneliti bacaan data inflasi pada Jumaat ini terlebih dahulu.

Penurunan harga semalam telah menyaksikan emas menuju semula ke paras 1830.00 yang menjadi antara zon penting pada dagangan emas semasa.

Bersambung pada sesi Eropah hari ini (Selasa), harga yang telah berlegar pada kawasan 1838.00 di sesi Asia telah membuat kenaikan semula bagi menguji kembali zon 1850.00.

Sekiranya zon 1850.00 berjaya ditembusi, harga emas boleh melonjak lebih tinggi dan bakal menguji semula zon rintangan 1870.00 untuk minggu ketiga.

Dan jika corak kenaikan tersebut masih berjaya dikekalkan, sasaran seterusnya untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju zon tumpuan 1900.00 bagi mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Sebaliknya jika harga emas kekal menyambung penurunan, harga dilihat bakal menguji zon 1830.00 yang menjadi antara zon penting pada dagangan sebelum ini.

Untuk penurunan lebih rendah, sasaran seterusnya adalah pada 1810.00 atau zon 1800.00 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat