Analisis GOLD – Emas Sendu, Data Inflasi AS Menjadi Tumpuan

909

Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya kekal meneruskan gerakan perlahan serta mendatar sehingga ke penghujung sesi di kala permulaan dagangan minggu ini.

Ini dapat diperhatikan pada rangka masa 1 jam di carta harga apabila dagangan emas terus berlegar-legar di zon SBR (support become resistance) 1780.00 yang sebelum ini telah dianggap sebagai zon sokongan.

Namun pelabur juga berkemungkinan akan mengambil kira terhadap pergerakan harga yang kembali didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) bagi isyarat awal kepada trend bullish.

Dagangan emas terus terpalit dengan ketidaktentuan pasaran dan kekal bergelut dalam mendapatkan pemangkin yang lebih jelas untuk memangkin pergerakan yang agresif di akhir dagangan tahun 2021.

Membataskan lagi pergerakan harga emas adalah susulan jangkaan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan lebih segera dalam melaksanakan peningkatan kadar faedah.

Pemangkin utama bakal ditumpukan kepada terbitan indeks data harga pengguna (CPI) AS yang akan diterbitkan pada Jumaat dan dijangka berupaya untuk mempengaruhi permintaan dagangan emas.

Secara tidak langsung jangkaan terbabit akan mengukuhkan harapan agar harga emas dapat kekalkan lonjakan yang dipamerkan pada penutup dagangan minggu lalu (Jumaat) untuk mencapai zon 1800.00.

Tambahan pula zon tersebut sering kali membantaskan lonjakan dan dek kerana itu ia telah menjadi zon tumpuan yang akan diuji terlebih dahulu sebelum jangkaan harga emas akan terus menyerlah lagi.

Akan tetapi tidak mustahil sekiranya paras rintangan MA50 berkenaan bakal kembali ditembusi yang sama sekali bakal mempengaruhi pergerakan harga untuk mencecah semula ke zon sokongan 1760.00.

Penurunan yang lebih rendah pula akan mendorong harga emas menjejaki zon sokongan seterusnya yang dilihat pada 1740.00 dan sekali gus bakal menggerakkan harga untuk kekal dengan trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat