Analisis GOLD – Emas Sinar Terang, Kini Sasarkan Paras $1,800!

1,121

Komoditi emas menamatkan dagangan minggu lalu dengan cemerlang mempamerkan peningkatan nilai yang berterusan susulan faktor penyusutan ketara mata wang US dolar.

Peratusan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dasar yang agresif mula berkurang diapit data-data tumpuan minggu sebelum ini yang suram.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Oktober paparkan bacaan suram sementara data inflasi AS menunjukkan penurunan untuk bulan keempat berturut-turut.

Justeru, pasaran kian menjangkakan Fed untuk memperlahankan pengetatan dasar berdasarkan data-data tersebut membuatkan US dolar semakin bergerak susut dalam pasaran.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan corak lonjakan harga sepanjang minggu lalu mencapai paras tertinggi 12 minggu.

Selepas kenaikan harga emas pada mulanya berjaya melepasi rintangan 1720.00, zon ketinggian 1760.00 berjaya dicapai pada penghujung minggu.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk meneruskan pergerakan trend bullish minggu ini.

Jika kenaikan harga diteruskan minggu ini, sasaran terbaru adalah untuk emas mencapai paras 1800.00.

Paras tersebut kali terakhir menyentuh paras tersebut adalah pada 15 Ogos yang lalu sebelum harga jatuh di bawah paras tersebut untuk tempoh 3 bulan ini.

Namun, jika harga mula menunjukkan penurunan di bawah zon 1760.00 dan melepasi sokongan MA50, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan semula emas mengakhiri trend kenaikan sebelum ini.

Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan 1720.00 sebelum menguji pula zon 1700.00 yang menjadi antara paras sokongan harga minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat