Analisis GOLD – Emas Suram Di Awal Minggu, Bakal Junam Minggu Ini?

866

Emas papar dagangan suram pada permulaan minggu ini dengan pelabur masih berwaspada sementara kekal menjangkakan US dolar akan terus bergerak suram.

Pada awal sesi Asia semalam, harga emas pamerkan lonjakan awal namun menyusut semula di sesi Eropah dan mendatar sepanjang sesi New York.

Pun begitu, pelabur masih optimis untuk emas menyambung corak kenaikan harga seperti minggu-minggu sebelum ini.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga mencapai ketinggian pada 1928.00 di sesi Asia semalam.

Namun corak kenaikan gagal dikekalkan apabila harga susut semula dan akhirnya menutup dagangan sesi New York sekitar 1914.00.

Tempo harga perlahan namun dilihat menyambung penurunan pada hari ini (Selasa) dan mula susut di bawah Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat awal untuk memulakan trend bearish.

Corak penurunan akan lebih jelas dipamerkan sekiranya harga mula bergerak turun di bawah paras penting 1900.00 yang dijangka akan menjadi sokongan buat harga.

Sekiranya harga jatuh di bawah paras tersebut, kejatuhan lebih rendah harga emas dilihat akan kembali semula ke zon tumpuan sebelum ini pada 1870.00.

Namun jika harga kekal bertahan di atas paras 1900.00, kebarangkalian harga akan meneruskan corak bullish seperti minggu sebelum ini.

Kenaikan yang diteruskan bakal mengatasi ketinggian dicapai semalam sebelum menuju ke sasaran 1950.00.

Mencapai paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi harga emas untuk tempoh dagangan sejak April 2022 yang lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat