Analisis GOLD – Emas Tak Sambung Lonjakan, Tapi Berlegar Di Zon $1,960

831

Berbeza berbanding lonjakan harga pada Rabu lalu, dagangan emas pada Khamis semalam memaparkan pergerakan yang mendatar namun kekal berlegar di paras ketinggian yang terbaru.

Emas terima tempias positif selepas kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) kian menurun menghampiri paras sasaran pada data terbaru yang diterbitkan minggu ini.

Justeru, US dolar yang alami kemerosotan pada nilai dagangannya memberi kelebihan kepada emas untuk bersinar lebih terang.

Dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah pamerkan lonjakan bertenaga melepasi zon tumpuan 1950.00.

Pada Khamis semalam, US dolar masih bergerak lemah dalam pasaran namun harga emas dilihat tidak menyambung lonjakan lebih tinggi.

Harga berlegar-legar di atas zon 1960.00 dengan paras tertinggi dicatatkan setakat penghujung minggu ini adalah pada 1963.00.

Pergerakan harga pada hari ini (Jumaat) juga perlahan dari sesi Asia ke sesi Eropah, sedikit menurun menuju 1950.00 dan bakal menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Sekiranya harga berjaya melantun semula dari paras sokongan tersebut, kenaikan harga bakal mengatasi ketinggian semasa sebelum menuju ke zon tumpuan seterusnya berada pada 1980.00.

Namun jika harga bergerak turun tembus paras sokongan MA50 dan juga zon 1950.00, ini akan menjadi petanda pelabur perlu berhati-hati dan bersedia untuk kejatuhan lebih rendah emas.

Penyusutan awal akan menghampiri zon 1940.00 terlebih dahulu sebelum penurunan yang dilanjutkan akan kembali semula mencecah 1920.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat