Analisis GOLD – Emas Terbang Menuju Sasaran Lebih Tinggi

1,267

Pergerakan harga emas kekal positif dengan corak kenaikan harga yang dipaparkan pada minggu ini memberikan kegembiraan kepad para pelabur.

Harga emas sebelum ini tidak begitu terkesan dengan pengukuhan sementara US dolar susulan data inflasi AS yang diterbitkan meningkat.

Harga emas sekadar membuat sedikit penurunan sebelum mengekalkan kenaikannya. Dengan penyusutan semula US dolar selepas ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dilihat akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dapat melihatkan harga meneruskan kenaikan selepas mendatar di atas paras 1800.00 sejak minggu lalu.

Sehingga setakat sesi Eropah petang ini (Khamis), harga telah mencapai paras ketinggian sekitar 1833.00 dan dijangka menutup dagangan lebih tinggi pada penghujung minggu.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal memberi isyarat trend bullish pada carta XAU/USD.

Sasaran kenaikan harga emas seterusnya adalah untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) tumpuan sebelum ini pada 1850.00.

Sekiranya harga bergerak turun semula di bawah paras sokongan MA50, pelabur melihat sebagai isyarat awal untuk penurunan harga.

Penurunan harga bakal kembali menguji semula zon 1800.00 sebagai zon RBS (resistance become support).

Kejatuhan harga emas di bawah paras tersebut akan menjangkakan penurunan lebih rendah harga semula dan kembali menggusarkan pelabur.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat